BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

Sempena Ramadhan AlMubarak diucapkan selamat berpuasa ,rasanya belum terlambat walaupun dah masuk 18 hari berpuasa untuk suami,anak2 dan adik-beradikku....

Untuk suamiku...tahun ni amat bermakna buat aku dan anak2.Aku dapat bersahur bersama abe dn anak2.Tak terucap rasa gembiraku.......thanks u my hubby...

Monday, August 10, 2009

Hati kecilku

Sabtu sekolah ada kegiatan koko.Dtglah juga sb nak kemas bilik yang kecil dan sempit tu...Cuma pusing meja je....selesa sikit.Tgh.aku singgah rumah Mak e kerana ada emergency.Kasihan mak e demam.Sedih aku tgk mak saudaraku tinggal seorang...walaupun dah biasa tapi bila sakit sedih aku tgk dia.

Pagi Ahad aku suruh mak tel mak e.Kata dia kepala dia sakit.terus aku tel.Amin.kebetulan dia baru nak balik.Aku suruh dia ambil mak e ke rengit nak urut...Kasihan....demam masih panas.

Ptg tu bila mak e balik,mok su tel.mak suruh mok su ambil mak e kasihan tinggal seorg.Mok su ckp suria nak ambil mak e.Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada org tgk dia.Aku sendiri bila demam aku menangis sebab pergi klinik seorang diri.Aku sedih sebab suami aku jauh......

Walaupun dah lali suami tiada tapi kadangkala bila terasa memerlukannya sedih sekali hanya Allah yang maha mengetahui.......Jadi bagi adik2 atau sepupu2 dan kawan2 yang ada suami disisi,jagalah suami tu......

Aku risau mengenangkan anak bongsuku....sakit yang tak nampak.Aku jadi susah hati.......Aku bila susah hati mulalah nak melingkar atas katil...itulah penyakitku....fikiranku kosong terutama badan tenngah kotor ni...Hanya selawat dapat kubaca.....

Thursday, July 30, 2009

Dugaan dalam hidupku....

Hari Jumaat lalu anak bongsuku telefon...menangis.Katanya sakit belakang.Pas tu lbh krg pkl 10 tel balik,katanya kena buat fisioterapi.Aku suruh dia balik.Esoknya Sabtu aku check kat Hospital putra.Aku dah nekad kalau maha tak plah aku puas hati.Aku akan keluarkan simpananku.Tapi alhamdulillah Semua menyebelahiku....keputusan xray anakku ok.tak da tulang yang sakit.Tgh tu adikku bawa aku ke Tongkang Pecah untuk berubat cara kampung.Katanya anakku dah lama sakit.Dgn aku2 sekali diubatnya.Aku ikutkan aja...tapi mcm separuh aje....Peliknya kesakitan anakku berkurangan.hari Ahad tu dia ok.Tapi lepas mandi bunga dia sakit kembali.Hari Isnin dia sms aku kata dia sakit lagi.Aku terus beritahu boss,minta keluar anak sakit.Lepas zohor aku terus ke JB.Buat rawatan cara Islam.Orangnya lembut.Mudah2an dialah perantara antara sakit anakku dan Allah..Pergi JB macam aku pergi sekolah lak...pkl 7.30 aku dah ada kat Rengit.Malam tu kepalaku dah pening.Esok aku tak larat bangun.Aku tel.Guru KOKO kata aku mc.Sakit......

Friday, July 3, 2009

special for my son.

Tahniah kerana dah tamat belajar sampai Peringkat diploma.Mak rasa along masih kecil lagi.Sedar2 dah kerja.harapan mak satu hari nanti along akan sambung belajar sampai ijazah.Bila dah kerja ni....ingat2lah.Mak sebenarnya tak suka along hisap rokok.Mak kalau boleh along bersih daripada merokok.Cuba along kira berapa banyak yang dah dihabiskan untuk rokok?mak bukan senang.Duit tu along boleh simpan untuk beli kereta.
Along belum terlambat lagi untuk buang tabiat merokok.Banyak aktiviti lain yang boleh dibuat untuk mengelakkan merokok.
Dapat duit gaji budjet.Jadi orang yang lokek sikit.Jimat2.Along dah buat pinjaman ASB dan insurans.Tu nak kena bayar.Mak memang tak mampu nak tolong selalu sebab mak takut tengok along berbelanja.Jangan terlalu mewah.Cuba rendah2kan diri sikit.Along tengok abah.Dia belanja sesekali.Kita dapat sikit,simpanan mesti ada.Jangan jadi macam mak.Tak salah kita makan kat warung.Janganlah pergi belanja kat tempat2 mewah....Mak percaya along akan dengar nasihat mak...

Monday, June 29, 2009

dairi harianku.....

29 Jun 2009

Hari ni negeri Johor cuti Hol Almarhum Sultan.Hari ni anakku yang bongsu balik ke asrama.Aku minta dia contact kawan dia nak tumpang.Aku terangkan padanya aku terpaksa gi JB esk sebab hantar kak ngah dia naik sem.bawa barang.Dia fahamSebelum balik dia sms aku minta maaf result periksa dia kurang memuaskan.Aku tak marah pun.Aku tau kemampuannya.Aku tahu dia tak sihat dan sakit belakang.Aku risau sebenarnya dengan penyakit belakangnya.Aku berdoa mudah2an tidak ada apa-apa yang berbahaya.Dialah satu2nya anak aku yang sentiasa minta maaf apabila keputusannya tidak memuaskan.Aku berdoa semoga dia akan beroleh 10A1 dalam SPMnya dan mengulangi sejarah untuk dirinya sendiri.AMIN!!!!!!!!

4 JULAI 2009
Hari ni rasanya dapat duduk rumah hari Sabtu.Mcm2 kerja aku buat.Dapatlah keluar peluh.Aku masak ringkas2 aje...Ain balik dgn kawannya.Ya pun balik.Hajatnya petang ni nak buat muffin pisang.Aku mesti buat.Nak buat bisness kecil2.nampaknya buat muffin senang.Hari tu dah buat muffin orrange.Oklah...

14 julai 2004
Hari ni aku dapat berita bekas ustazku masa aku tkt 3,Ustaz Khomsah meninggal dunia.Semoga Allah berkati dirinya dan dihimpunkan ke dalam golongan yang Soleh.Amin!!!!
Akhirnya papan kenyataan HEMku terpapar juga.Sekarang aku tgh menyiapkan program 3K dan pelan kecemasan.Hari ini balik lambat jam 4 ptg.Banyak kerja2ku tak beres. Nak buat macam mana,balik rumah aku lepak......

Tuesday, June 23, 2009

tugas harian

Sejak aku kat Beroleh ni,aku tak boleh lewat.6.30 pagi aku dah pergi.Ada sekali tu aku terlewat entah kenapa.7.20 baru sampai.Bos dah sampai.Nasib baik boss aku tu tak banyak mulut.
Aku seronok kat sana sebab banyak yang membantu kerja-kerja aku.Semua staff ok.Cuma aku katakan tadi agak jauh dan aku kasihan anak saudara aku.
Kat sekolah ni macam2 ragam guru aku jumpa.Ada seorang tu staf pejabat gelar dia 'nyonya'sebab dia anak angkat cina.Mulutnya boleh tahan.Baru dapat naik dg41 dah tak respect kat gb dan gpk2.Belum pun confirm lagi.Mcm dia aja yang dapat dg41.Berangan nak jadi gb pulak tu.
Tadi tgh ada orang datang mengadu tentang 'nyonya'tapi hal anak dia .Katanya dia report polis sebab ada orang ugut nak sebar gambar anaknya.Orang tu pak we anak dia,pensyarah lagi.Yg kasihan pensyarah tu dah kena tahan utk siasatan.Enthlah bab sebar2 gambar ni ada buat sesuatu agaknya...Entahlah anak2 zaman skrg.AQku berdoa jauhilah daripada anak-anak daraku.Setakat ini alhamdulillah!AMIN!!
Salu lagi tadi aku dgr tentang skandal guru dengan guru.Macam2 aje kat Beroleh ni.Berbalik ttg tugas ,aku mengajar mcm biasa.Tapi bdk2 kat sini kuat pengaruh malas.Agama juga kurang.Kasihan aku tgkkan.Ada yang dari keluarga porak peranda.Anak-anak jadi mangsa.Nasib baik anak-anak aku tidak terbiar!!!!!

Wednesday, June 17, 2009

everyday work

Mulai 30.12.2008 aku lapor diri di SK Seri Beroleh setelah 16 tahun berada di SK Sri Rengit.Masa aku kat Sri rengit aku guru biasa.Ajar BM subject master aku.Pas tu aku kursus BPPT ajar sains tahun 1,2 &3.
Kat Seri Beroleh ni aku Jadi GPK HEM.Ajar juga BM tahun 4.Ringan sikit sebab tak payah fikir pasal budak2 nak UPSR.
Jadi HEM ni sibuk sikit,berkaitan dengan murid.Tapi nasib baiklah semua guru telah diagih2kan tugas,Ringan sikit.Aku pun bukan faham sangat nak kerja-kerja melibatkan fail-fail.Ni,sek.terpilih pulak perintis ISO fail aku dah siap.Aku dah susun dal almari besi.Walaupun P&P yang diberatkan,namun semuanya aku buat baru.Aku ni taklah kreatif mana.Kat Beroleh ni,aku rasa macam asing sangat sebab maklum ajalah aku orang kampung kena bertugas di bandar.Nasib baik tak kena kat felda.
Penat memang penat.aku akan isi borang tukar juga.aku kasihan anak-anak saudaraku yang bersekolah.At least kalau aku bersekolah di kawasan Rengit,ada yang boleh bawa mereka.Lagipun lambatlah nak dapat kawan baru,At least kat kawasan Senggarang dan Rengit ramai yang aku kenal.

28.06.09
Hari ni birthday adik aku Amin.Anak2 saudara panggil 'pok de'.Pagi-pagi aku bangun buat muffin.Jadi.rasa semangat nak buat kek cawan dan muffin.Aku nak cari duit tambahan.Aku dah pasang niat nak ke tanah suci Mekah.Aku nak bawa anak-anak aku sekali.Tapi belum sempat nak daftar.