BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 7, 2009

KONVO DAH ANAKKU...


Tanggal 2/10/2009 aku bertolak ke kuantan kerna anak terunaku akan terima diploma dlm bidang Kejuteraan Elektrik.Akhirnya berjaya anakku.Alhamdulillah.Satu2nya anak lelakiku telah berjaya dalam pelajaran dan telah bekerjaya.Namun di sudut hatiku masih tersimpan hasrat ingin melihat dia menggenggan ijazah pula....
3 /10/2009 aku bersama suami megah masuk ke dewan bersama2 ibubapa yang lain.Hatiku tak keruan apabila melihat graduan2 termasuk anakku berbaris masuk.Suamiku pun turut excited.Aku tahu dari riak wajah suamiku......kegembiraannya terpancar....
My hubby telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama Citizen bernilai rm500 pada anakku...Dia banggalah tu....anaknya dah berjaya dalam pelajaran.....

Monday, October 5, 2009

HARI RAYA SUDAH MARI

Ramadhan pergi Syawal kembali.......
Jauh di sudut hati.....ingin kau kembali merayakan Aidilfitri...
Alhamdulillad...doaku dimakbulkan...walaupun hanya 2 hari namun ia amat bermakna sekali....
Abang sampai di dinihari Syawal.syukur di pagi raya aku dapat mengucup tangan suamiku...Kami sama2 menunaikan solat sunat hari raya di masjid..Aku tahu anak2ku turut bergembira dapat mengucup tangan abahnya....
telatah anak keduaku dengan kasut tumit tingginya meriuhkan suasana...mcm2 telatah anak2ku.
Aku,adik2 yg ada beraya ke rumah ibu2 saudaraku...Tok Siti satu2nya atok saudara yang tinggal di sebelah ibuku...
Ptg....keluarga mak e menyerbu rumahku...Meriah sungguh raya ni..
Penat memang penat tapi seronok dapat berjumpa saudara-mara....
ADAKAH AIDILFITRI 2010 DAPAT KU TEMUI.......


Monday, September 7, 2009

Sempena Ramadhan AlMubarak diucapkan selamat berpuasa ,rasanya belum terlambat walaupun dah masuk 18 hari berpuasa untuk suami,anak2 dan adik-beradikku....

Untuk suamiku...tahun ni amat bermakna buat aku dan anak2.Aku dapat bersahur bersama abe dn anak2.Tak terucap rasa gembiraku.......thanks u my hubby...

Monday, August 10, 2009

Hati kecilku

Sabtu sekolah ada kegiatan koko.Dtglah juga sb nak kemas bilik yang kecil dan sempit tu...Cuma pusing meja je....selesa sikit.Tgh.aku singgah rumah Mak e kerana ada emergency.Kasihan mak e demam.Sedih aku tgk mak saudaraku tinggal seorang...walaupun dah biasa tapi bila sakit sedih aku tgk dia.

Pagi Ahad aku suruh mak tel mak e.Kata dia kepala dia sakit.terus aku tel.Amin.kebetulan dia baru nak balik.Aku suruh dia ambil mak e ke rengit nak urut...Kasihan....demam masih panas.

Ptg tu bila mak e balik,mok su tel.mak suruh mok su ambil mak e kasihan tinggal seorg.Mok su ckp suria nak ambil mak e.Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada org tgk dia.Aku sendiri bila demam aku menangis sebab pergi klinik seorang diri.Aku sedih sebab suami aku jauh......

Walaupun dah lali suami tiada tapi kadangkala bila terasa memerlukannya sedih sekali hanya Allah yang maha mengetahui.......Jadi bagi adik2 atau sepupu2 dan kawan2 yang ada suami disisi,jagalah suami tu......

Aku risau mengenangkan anak bongsuku....sakit yang tak nampak.Aku jadi susah hati.......Aku bila susah hati mulalah nak melingkar atas katil...itulah penyakitku....fikiranku kosong terutama badan tenngah kotor ni...Hanya selawat dapat kubaca.....

Thursday, July 30, 2009

Dugaan dalam hidupku....

Hari Jumaat lalu anak bongsuku telefon...menangis.Katanya sakit belakang.Pas tu lbh krg pkl 10 tel balik,katanya kena buat fisioterapi.Aku suruh dia balik.Esoknya Sabtu aku check kat Hospital putra.Aku dah nekad kalau maha tak plah aku puas hati.Aku akan keluarkan simpananku.Tapi alhamdulillah Semua menyebelahiku....keputusan xray anakku ok.tak da tulang yang sakit.Tgh tu adikku bawa aku ke Tongkang Pecah untuk berubat cara kampung.Katanya anakku dah lama sakit.Dgn aku2 sekali diubatnya.Aku ikutkan aja...tapi mcm separuh aje....Peliknya kesakitan anakku berkurangan.hari Ahad tu dia ok.Tapi lepas mandi bunga dia sakit kembali.Hari Isnin dia sms aku kata dia sakit lagi.Aku terus beritahu boss,minta keluar anak sakit.Lepas zohor aku terus ke JB.Buat rawatan cara Islam.Orangnya lembut.Mudah2an dialah perantara antara sakit anakku dan Allah..Pergi JB macam aku pergi sekolah lak...pkl 7.30 aku dah ada kat Rengit.Malam tu kepalaku dah pening.Esok aku tak larat bangun.Aku tel.Guru KOKO kata aku mc.Sakit......

Friday, July 3, 2009

special for my son.

Tahniah kerana dah tamat belajar sampai Peringkat diploma.Mak rasa along masih kecil lagi.Sedar2 dah kerja.harapan mak satu hari nanti along akan sambung belajar sampai ijazah.Bila dah kerja ni....ingat2lah.Mak sebenarnya tak suka along hisap rokok.Mak kalau boleh along bersih daripada merokok.Cuba along kira berapa banyak yang dah dihabiskan untuk rokok?mak bukan senang.Duit tu along boleh simpan untuk beli kereta.
Along belum terlambat lagi untuk buang tabiat merokok.Banyak aktiviti lain yang boleh dibuat untuk mengelakkan merokok.
Dapat duit gaji budjet.Jadi orang yang lokek sikit.Jimat2.Along dah buat pinjaman ASB dan insurans.Tu nak kena bayar.Mak memang tak mampu nak tolong selalu sebab mak takut tengok along berbelanja.Jangan terlalu mewah.Cuba rendah2kan diri sikit.Along tengok abah.Dia belanja sesekali.Kita dapat sikit,simpanan mesti ada.Jangan jadi macam mak.Tak salah kita makan kat warung.Janganlah pergi belanja kat tempat2 mewah....Mak percaya along akan dengar nasihat mak...

Monday, June 29, 2009

dairi harianku.....

29 Jun 2009

Hari ni negeri Johor cuti Hol Almarhum Sultan.Hari ni anakku yang bongsu balik ke asrama.Aku minta dia contact kawan dia nak tumpang.Aku terangkan padanya aku terpaksa gi JB esk sebab hantar kak ngah dia naik sem.bawa barang.Dia fahamSebelum balik dia sms aku minta maaf result periksa dia kurang memuaskan.Aku tak marah pun.Aku tau kemampuannya.Aku tahu dia tak sihat dan sakit belakang.Aku risau sebenarnya dengan penyakit belakangnya.Aku berdoa mudah2an tidak ada apa-apa yang berbahaya.Dialah satu2nya anak aku yang sentiasa minta maaf apabila keputusannya tidak memuaskan.Aku berdoa semoga dia akan beroleh 10A1 dalam SPMnya dan mengulangi sejarah untuk dirinya sendiri.AMIN!!!!!!!!

4 JULAI 2009
Hari ni rasanya dapat duduk rumah hari Sabtu.Mcm2 kerja aku buat.Dapatlah keluar peluh.Aku masak ringkas2 aje...Ain balik dgn kawannya.Ya pun balik.Hajatnya petang ni nak buat muffin pisang.Aku mesti buat.Nak buat bisness kecil2.nampaknya buat muffin senang.Hari tu dah buat muffin orrange.Oklah...

14 julai 2004
Hari ni aku dapat berita bekas ustazku masa aku tkt 3,Ustaz Khomsah meninggal dunia.Semoga Allah berkati dirinya dan dihimpunkan ke dalam golongan yang Soleh.Amin!!!!
Akhirnya papan kenyataan HEMku terpapar juga.Sekarang aku tgh menyiapkan program 3K dan pelan kecemasan.Hari ini balik lambat jam 4 ptg.Banyak kerja2ku tak beres. Nak buat macam mana,balik rumah aku lepak......