BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 3, 2009

special for my son.

Tahniah kerana dah tamat belajar sampai Peringkat diploma.Mak rasa along masih kecil lagi.Sedar2 dah kerja.harapan mak satu hari nanti along akan sambung belajar sampai ijazah.Bila dah kerja ni....ingat2lah.Mak sebenarnya tak suka along hisap rokok.Mak kalau boleh along bersih daripada merokok.Cuba along kira berapa banyak yang dah dihabiskan untuk rokok?mak bukan senang.Duit tu along boleh simpan untuk beli kereta.
Along belum terlambat lagi untuk buang tabiat merokok.Banyak aktiviti lain yang boleh dibuat untuk mengelakkan merokok.
Dapat duit gaji budjet.Jadi orang yang lokek sikit.Jimat2.Along dah buat pinjaman ASB dan insurans.Tu nak kena bayar.Mak memang tak mampu nak tolong selalu sebab mak takut tengok along berbelanja.Jangan terlalu mewah.Cuba rendah2kan diri sikit.Along tengok abah.Dia belanja sesekali.Kita dapat sikit,simpanan mesti ada.Jangan jadi macam mak.Tak salah kita makan kat warung.Janganlah pergi belanja kat tempat2 mewah....Mak percaya along akan dengar nasihat mak...