BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 13, 2009

Ranjau hidupku

Pengalamanku sebagai guru bermula Januari 1987 di SK Palong 3,N.9.Tak taulah di mana tempatnya.Masa tu aku dah bertunang.Dialah yang cari tempat tersebut.Dialah juga yang hantar aku ke sana.Memang sedih apabila sampai di sana.Jalannya tanah merah berlubang-lubang.Sepanjang jalan aku menangis kerana hanya pokok kelapa sawit yang menyapa dan menyambut kedatanganku.
Empat bulan bertugas aku berkahwin.Namun masih tetap di sana.Bulan Jun aku disahkan mengandung.Namun 5 bulan kandunganku aku keguguran.Aku dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.Perjalanannya amat menyakitkan dengan selekoh yang tajam serta sakit seluruh badan.
Kemudian suamiku transfer aku ke GH Seremban.Di sana kandunganku dikeluarkan.Sedih sungguh hatiku.Suamiku puas memujuk aku.Aku diberi cuti selama 2 minggu.
Genap setahun aku di sana aku bertukar ke SK.St.Paul,Seremban.Hai,sekolah anak-anak orang kaya.Staff aku pula standard2.Aku hanya menaiki motosikal Honda suamiku dan kadangkala naik bas tetapi mereka berkereta besar.Ada isteri doktor,peguam,ahli perniagaan,namun begitu mereka tidak sombong.Di sana aku mengandung anak keduaku.Suamiku cukup menjaga aku walaupun dia terpaksa menghantarku dengan motor.Aku redha.Aku pun bukan daripada keluarga yang senang.
Cukup sembilan bulan bulan dalam kandungan aku melahirkan putera sulungku.Suamiku amat teruja kerana dia memang berharap anak kami seorang lelaki.Anakku mirip bapanya.Wajahnya banyak keluarga suamiku.Keluargaku sangat gembira kerana ini cucu pertama.
2 tahun aku di St.Paul,suamiku dapat bertukar ke Terengganu.
Suamiku pergi dulu sementara aku menunggu tempat bertukar.Akhirnya aku dapat juga tukar.Sekolah baruku Sek.Keb.Atas Tol.Suamiku menyewa sebuah rumah kampung.Aku tak kisah asal aku dapat tmpat tinggal.Tak lama kemudian kami berpindah lagi dkt sikit dgn sek.pas tu suamiku dpt kerja kat Balai Polis Bukit Payung.Kami berpindah ke berek polis.Jiran-jiran baik-baik belaka.Setahun di sini berlakulah episod pahit dalam rumahtanggaku.Suamiku curang ada orang ketiga antara kami.Suamiku yang lemah lembut dan pengasih ,dan seorang yang suka menolong orang akhirnya terjerat dgn seorang wanita .Aku dapat menghidu kelainan suamiku.Dia mengaku.Hanya Allah yang tahu hatiku ketika itu.Masa tu aku tgh mengandungkan anak ketigaku....
Suamiku mcm terkena....Aku slmt melahirkan anakku yg ketiga.Aku sedih kerana sepjg.aku mengandung anak aku ni tak dpt belaian dari suamiku.Aku pasrah.Malaslah aku nak cerita cerita sedih ni....
Pendekkan cerita suamiku kena tukar ke Sarawak kerana tindakan disiplin.Pegawainya ingat bawa aku tapi tak.Aku mohon tukar ke kampung.Aku bawa anak-anakku pulang dengan penuh kekecewaan.Namun keluarga adalah segalanya.Ayah dan ibukulah yang menjadi penguat semangatku.Anak-anaklah nyawaku.Aku tidak menghiraukan apa orang nak kata.Aku berazam akan membesarkan anak-anakku supaya menjadi manusia yang berguna.
Aku pernah hendak diceraikan oleh suamiku tetapi apabila aku suruh dia lihat mata anak-anak suamiku tak keruan.Suamiku seolah-olah disihir agar membuang aku dan anak-anakku.Alhamdulillah walaupun kami tinggal berjauhan namun suamiku tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Aku redha.Aku tidak pernah mengajar anak-anakku membenci bapanya.Sudah tersurat hidupku begini.Aku berazam akan terus bertugas dengan penuh dedikasi.

1992 aku pulang ke Johor dan berkhidmat di SK Sri Rengit.1998 aku menerima anugerah cemerlang di atas tugas-tugasku......Kecemerlangan tugasku...berterusan dan pada akhir tahun 2008 aku dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM dan menerima sekali anugerah cemerlang dan lulus dalam PTK.
Kini anakku yang sulung telah bekerja setelah tamat Diploma Kejuruteraan Elektrik.Anak kedua ku di UTM.Dah 2 semester mendapat keputusan cemerlang.Manakala anakku yang bongsu akan menghadapi SPM.Mudah-mudahan ia akan memperoleh 10A1 selepas mendapat 8A dalam PMR.AMIN!!!!!!!!